Wednesday, 3 July 2013

L-Carnitine – Kapsul Pembakar Lemak



Langsingkan Badan Dengan L-Carnitine



Suplemen rangsang pembakaran lemak – TAHUKAH anda mengenai sejenis nutrien yang boleh menurunkan berat badan, menambahkan tenaga, merendahkan kolesterol dan melindungi kesihatan jantung pada masa yang sama?

Jawapannya ialah L-Carnitine, dan ia ternyata sungguh bermanfaat kepada kesihatan tubuh secara menyeluruh. L-Carnitine bertindak dengan merangsang pembakaran lemak oleh tubuh.
L-Carnitine juga adalah satu-satunya nutrien yang berperanan untuk mengangkut lemak ke tempat di mana ia dibakar. Jika lemak tidak memasuki mitokondria, maka ia tidak dapat dibakar oleh tubuh.

Jika anda tidak suka makan daging, atau anda seorang pemakan sayur atau sering mengambil diet tinggi lemak seperti makanan bergoreng, atau pengambilan protein anda rendah, ingatlah – tahap L-Carnitine anda juga mungkin berkurangan. Tahap L-Carnitine yang rendah boleh menyumbang kepada pelbagai masalah yang tidak diingini seperti penambahan berat badan, sukar untuk menurunkan berat badan, mudah letih serta penyakit-penyakit metabolik lain.

Tanpa L-Carnitine, pembakaran lemak tidak akan berlaku. Bagaimanapun, masalah ini boleh diatasi dengan mudah melalui pengambilan suplemen L-Carnitine. Ia akan meninggikan tahap L-Carnitine dalam tubuh agar pembakaran lemak dapat berlaku pada kadar yang optimum.

Meningkatkan pengambilan L-Carnitine adalah cara paling semula jadi untuk menurunkan berat badan, kerana L-Carnitine bertindak memindahkan dan mengangkut lemak ke bahagian sel yang membakarnya tanpa sebarang kesan sampingan.

Bukti saintifik menunjukkan bahawa tahap L-Carnitine yang tinggi akan menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih lancar. Ia juga membantu meningkatkan kadar metabolik dan pada masa yang sama, tidak menjejaskan kepadatan tisu otot.

Ini sangat penting kerana tisu otot adalah tempat di mana hampir semua pembakaran lemak berlaku. L-Carnitine juga bermanfaat untuk menyekat keinginan terhadap makanan serta meningkatkan stamina bagi membantu anda bersenam.

Kedua-dua faktor ini sememangnya penting bagi mereka yang perlu menurunkan berat badan.
L- Carnitine, nutrien paling penting untuk memulakan usaha penurunan berat badan anda.

Maklumat Produk :-
Nama Produk : Raksa L-Carnitine – Lemak Kapsul Pembakar Lemak
Pembungkusan: 60 kapsul per botol | 540 mg
Ramuan: L-Carnitine
Cara menggunakan: Ambil 1 kapsul setiap hari selepas makan.
Kegunaan : Pembakar lemak


 

No comments:

Post a Comment